Anda di sini

Pemimpin dan akar umbi MCA Sabah, Batu Sapi tetap utuh

Advertisement
LU
LU

KOTA KINABALU: Pemimpin serta akar umbi MCA Sabah tetap bersatu padu dan tidak terjejas walaupun dengan tindakan bekas Ketua Bahagian MCA Batu Sapi, Datuk Chew Kok Woh yang  keluar parti baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah, Lu Yen Tung berkata, tindakan keluar parti beberapa pemimpin telah menyebabkan bilangan ahli jawatankuasa Bahagian tidak mencukupi sehingga tidak dapat beroperasi seperti biasa.

"Oleh kerana pemilihan cawangan MCA akan bermula pada April tahun ini, MCA Sabah mencadangkan kepada Jawatankuasa Pusat parti supaya membekukan jawatankuasa Bahagian dan diambil alih oleh MCA Sabah sehingga Jawatankuasa Pusat memutuskan sebaliknya selepas keseluruhan pemilihan parti selesai," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Lu bersama Ketua Wanita MCA Sabah, Datuk Dr. Pamela Yong serta beberapa pemimpin MCA dari Bahagian Kota Kinabalu dan Sepanggar telah melawat Bahagian MCA Batu Sapi.

Lu menjelaskan pihaknya berasa lega apabila hasil perbincangan dengan pemimpin-pemimpin yang ada mendapati mereka masih setia kepada parti serta mahu terus memperjuangkan visi MCA.

Tegasnya lagi, suasana politik Sabah ketika ini semakin stabil dibawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

"Memandangkan semua berada dalam satu keluarga besar politik yang sama, maka semua parti sepatutnya duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi, menikmati kebebasan serta hak untuk menyuarakan dasar dan pendirian masing-masing. 

"Justeru, selain berusaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan penyokong parti, kerajaan negeri juga harus mengambil kira peranan semua parti gabungan untuk sama-sama memainkan peranan memajukan Sabah," katanya

  • oleh
  • Advertisement