Anda di sini

Pasar raya dan Xpress Emart adakan promosi jualan hebat sempena Aidilfitri

Advertisement
Hidangan ringan snek-snek serbaneka untuk dipilih.
Hidangan ringan snek-snek serbaneka untuk dipilih.

KUCHING: Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasar raya dan Xpress Emart mengadakan jualan hebat bermula hari ini sehingga tibanya sambutan lebaran nanti.

Emart dalam satu kenyataan hari ini berkata, jualan hebat tersebut diadakan di semua gedung beli-belahnya di seluruh Sarawak.

Antara produk yang dijual termasuk kurma, sayur-sayuran, buah-buahan, biskut, air kordial, makanan tin, makanan ringan dan lain-lain untuk memenuhi keperluan asas dan berbuka puasa. 

Pasar raya Emart juga menawarkan pelbagai jenis produk perayaan seperti kurma, kuih-muih, minuman berkarbonat, sayur-sayuran segar, ayam dan lain-lain lagi.

Selain keperluan makanan seharian, pasar raya Emart juga menjual peralatan elektrik. 

Bahan-bahan membuat kek dan biskut.
Hidangan ringan snek-snek serbaneka untuk dipilih.

Sementara itu, peket Emart Sara dan Wak Raya kini boleh ditebus oleh semua ahli Emart. 

Ia terdiri daripada empat reka bentuk yang mana setiap reka bentuk memaparkan keunikan permainan tradisi Sarawak seperti wau bulan, guli, gasing dan tengteng. 

Dengan setiap pembelian bernilai RM120 di mana-mana pasar raya Emart, ahli Emart berpeluang menebus eksklusif peket Sara dan Wak Raya tersebut di kaunter keahlian Emart, sementara stok masih ada.

Bahan-bahan membuat kek dan biskut.
Bahan-bahan membuat kek dan biskut.

Pada masa sama, pelbagai jenis acara dan interaktif aktiviti raya bakal dianjurkan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri seperti Bazar Ramadan melibatkan Emart Batu Kawa, Matang, Riam, Tudan dan Bintulu bermula 23 Mac hingga 21 April.

Reruai Raya pula akan bermula dari 3 hingga 21 April untuk Emart Batu Kawa, Matang dan Tabuan Jaya, manakala Pertandingan Ratu Kebaya Kanak-Kanak akan diadakan di Emart Riam pada 8 dan 9 April.

Selain itu, Pertandingan Memasak Riang Ria di Emart Matang dan Tudan, Dekorasi Peket Raya di Emart Moyan (15 April) dan persembahan tarian di Emart King Centre (16 April).

Semua pasar raya Emart akan beroperasi seperti biasa sempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan Promosi 'Satu Hari' akan dianjurkan pada 1 April dan 15 April bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk membeli barangan asas pada musim perayaan yang bakal menjelang. 

Jualan minum pelbagai kordial dan berkarbonat.
Jualan minum pelbagai kordial dan berkarbonat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Emart Malaysia https://www.facebook.com/EmartMY/. 

Peket duit raya, Sara dan Wak Raya Emart boleh ditebus dengan setiap pembelian bernilai RM120 di mana-mana pasar raya Emart.
Peket duit raya, Sara dan Wak Raya Emart boleh ditebus dengan setiap pembelian bernilai RM120 di mana-mana pasar raya Emart.
Advertisement