Anda di sini

Lelaki hilang semasa mandi di sungai ditemukan lemas

Advertisement
 Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari mangsa menggunakan kaedah surface water rescue.
SAR: Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari mangsa menggunakan kaedah surface water rescue.

TUARAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti mandi di sungai Kampung Karambunai Baru di sini ditemukan lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mayat mangsa berumur 56 tahun ditemukan oleh orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Maklumat awal kejadian diterima pada jam 3.01 petang kelmarin sebelum 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan ke lokasi.

"Pasukan Bomba menjalankan operasi pencarian surface water rescue dibantu Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), K9 dan orang awam,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya ditemukan oleh orang awam pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada jam 8.45 malam.

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 9 malam," katanya.

  • oleh
  • Advertisement