Anda di sini

KitKat lancar Coklat-Bermotif-Ketupat pertama sempena kempen raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’

Advertisement
Pasukan Nestlé bersama Pasukan AEON, MK K-Clique dan Nabila Razali melancarkan KitKat Edisi Terhad Raya Pertama seiring dengan pelancaran kempen KitKat ‘Rezeki Dikongsi Bersama’.
Pasukan Nestlé bersama Pasukan AEON, MK K-Clique dan Nabila Razali melancarkan KitKat Edisi Terhad Raya Pertama seiring dengan pelancaran kempen KitKat ‘Rezeki Dikongsi Bersama’.

SUBANG JAYA: KitKat Nestlé menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya tahun ini dengan pelancaran kempen ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat dan pelbagai kolaborasi istimewa lain. 

Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi menjelaskan bahawa kempen Raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat bertujuan mengeratkan hubungan sesama insan melalui perkongsian saat-saat manis dan sukar dilupakan bersama KitKat.

 “Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menyusul selepas itu merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan bagi menyambut hari yang bermakna ini. Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat iaitu ‘Have a Break, Have A Kitkat’, dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,” kata Frederic. 
  
Tahun ini, KitKat memperkenalkan KitKat Ketupat edisi terhad Raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat 4-Jejari.

KitKat Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza - KitKat Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat Ketupat 4 Jejari 2 Multipack. 

Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery dan Dato' Adnan Pawanteh, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestle (Malaysia) Berhad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia.
Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery dan Dato' Adnan Pawanteh, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestle (Malaysia) Berhad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia.

KitKat turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. Kolaborasi KitKat x Mimpikita Pek Edisi Raya ini termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat Mini 9g Sharebags. 

Pelancaran kempen Raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat yang diadakan pada hari Khamis lalu turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendendangkan lagu tema ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat dalam muzik video animasi Raya KitKat yang terbaharu. 

MK K-Clique menyatakan, walaupun makanan merupakan ciri penting dalam sambutan Ramadan dan Hari Raya, namun musim perayaan akan menjadi lebih bermakna jika boleh berkongsi rezeki dengan orang-orang yang terdekat. “Saya berbesar hati dapat kembali dan menyertai kempen ‘Rezeki Dikongsi Bersama’ KitKat bersama Nabila Razali pada tahun ini. Kami harap lagu ini dapat meriangkan lagi suasana Ramadan dan Hari Raya untuk semua,” tambah MK lagi.
 
Bersempena dengan kempen Raya ‘Rezeki Dikongsi Bersama’, KitKat menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia. Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya AEON, sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi rezeki mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat® dan tekan butang “LIKE” pada muzik video animasi Raya KitKat yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali. KitKat akan menyumbang RM2 untuk setiap "LIKE" yang diperoleh, sehingga RM100,000, dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. 

Mulai 30 Mac hingga 2 April 2023, KitKat akan mengadakan pameran pengguna selama 4 hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid yang menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik. 
 

Advertisement