Anda di sini

Generasi baharu rakyat Malaysia membeli belah berasaskan nilai dalam talian

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Data pasaran Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada tahun ini berbanding 2020.

Dalam kenyataan hari ini, menurutnya generasi baharu rakyat Malaysia membeli-belah untuk tujuan nilai dalam talian dengan mencari kata kunci seperti “pre-loved” (barangan terpakai), “pre-owned” (terpakai), “warehouse clearance,” (jualan penghabisan stok gudang), “demo unit” (unit yang dipamerkan) dan “thrift” (berjimat cermat).

“Sepanjang tiga tahun lepas, pasaran Shopee menyaksikan pengguna mempraktikkan membeli-belah berasaskan nilai dengan jumlah 1.4 juta item yang dijual iaitu “demo unit,” “warehouse clearance item dengan minor defects” (jualan penghabisan stok gudang dengan sedikit kecacatan), barangan “bundle” (pukal) dan produk “pre-owned.”

“Sebanyak 50 peratus daripadanya adalah kategori bayi dan permainan, barangan runcit dan haiwan peliharaan, dan kesihatan dan kecantikan;  fesyen “pre-owned” (27 peratus); barangan gaya hidup (kediaman, sukan luar, hobi, permainan dan buku) (17 peratus) dan selebihnya menggunakan elektronik.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata, pembeli-belah Generasi Z di e-dagang memaklumkan kepada Shopee bahawa bagi setiap enam kali mencari sesuatu yang baharu, empat kali daripadanya mereka mencari sesuatu yang “pre-loved,”dikitar semula, digunakan semula atau unit yang dipamerkan.

“Mereka menggunakan kuasa beli dengan cara yang sangat berhati-hati dan kami gembira dapat memenuhi keperluan kumpulan pengguna dengan menghubungkan mereka kepada penjual yang sejajar dengan nilai," katanya.

Menurut Soh, Shopee memudahkan penjual di Malaysia yang mempunyai stok untuk menyenaraikan barang “pre-loved” dan menunjukkan keadaan barangan kepada pengguna supaya dapat membuat keputusan membeli-belah yang lebih bijak.

“Pada Februari 2023, kami melihat anggaran peningkatan sebanyak 15 peratus dalam penyenaraian unit simpanan stok “pre-loved” berbanding bulan yang sama tahun lepas. Kami percaya kami memudahkan pengguna untuk membeli-belah dengan lebih nilai dalam talian,” katanya.

Sementara itu, menurut Shopee, kandungan pempengaruh di Shopee Live juga telah beralih, untuk memenuhi keputusan membeli-belah berasaskan nilai dan bertujuan.

Sepanjang tiga tahun lepas, penjual strim langsung merekodkan pesanan terjual empat kali lebih banyak dan dua kali lebih banyak kandungan penstriman langsung bagi produk “pre-owned” berbanding produk baharu.

“Ini boleh dikaitkan dengan ketulenan yang dijana oleh pempengaruh yang menunjukkan unit “pre-loved” yang telah digemari dalam keadaan tulen dengan mesej positif yang membentuk pemikiran mampan,” katanya.

Shopee berkata, pembeli yang berminat untuk menyokong jualan barangan terpakai dalam talian untuk menaip kata kunci “pre-loved”, “bundled”, “warehouse clearance”, “thrift”, “second hand”, “useed”, “demo unit” dan “pre-owned” pada bar carian Shopee.

Pengguna juga boleh mencari tajuk untuk Strim Langsung “preloved” yang tersedia untuk dilihat dalam aplikasi mudah alih Shopee.

Shopee turut mengingatkan pengguna bahawa bermula 24 Mac, platform e-dagang itu memperkenalkan 'Change of Mind', ciri pulangan dan bayaran balik percuma untuk keseluruhan segmen fesyen untuk penjual tempatan di pasaran,” katanya. - BERNAMA
 

Advertisement