Anda di sini

Bank Muamalat rai 50 anak yatim dalam majlis berbuka puasa

Advertisement
Khairul (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil dari Pusat Jagaan Nur Murni. Turut kelihatan, Zainal Pattate (kiri) dan Pele Peter Tinggom.
Khairul (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil dari Pusat Jagaan Nur Murni. Turut kelihatan, Zainal Pattate (kiri) dan Pele Peter Tinggom.

KUCHING: Seramai 50 anak yatim diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diadakan di Hotel Pullman di sini pada petang Khamis.

Pada majlis ini, anak-anak yatim yang didatangkan dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) dan Pusat Jagaan Nur Murni Kuching itu menerima sumbangan ‘duit raya’ berjumlah RM100 setiap seorang.

Ia disampaikan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin. 

Sumbangan berjumlah RM5,000 turut disampaikan kepada PERYATIM. (dari kanan) Pele Peter Tinggom, wakil PERYATIM, Khairul dan Zainal Pattate.
Sumbangan berjumlah RM5,000 turut disampaikan kepada PERYATIM. (dari kanan) Pele Peter Tinggom, wakil PERYATIM, Khairul dan Zainal Pattate.

Di majlis sama juga, Khairul turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada PERYATIM dan Pusat Jagaan Nur Murni (RM5,000 setiap institusi). Sumbangan tersebut diharapkan membantu institusi-institusi berkenaan menjalankan tugas diamanahkan dengan lancar.

Hadir memeriahkan suasana berbuka puasa adalah Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Pele Peter Tinggom, Pengurus Wilayah Malaysia Timur, Bank Muamalat Malaysia Bhd Zainal Pattate, Ketua Pegawai Kewangan Bank Muamalat, Amirul Nasir Abdul Rahim, pihak pengurusan dan kaki tangan bank Muamalat Malaysia Berhad. 
 

  • oleh
  • Advertisement