Anda di sini

158 mangsa banjir dipindahkan di Nabawan

Advertisement
 Pasukan APM menjalankan pemantauan di kawasan terjejas banjir.
PANTAU: Pasukan APM menjalankan pemantauan di kawasan terjejas banjir.
 Pasukan APM mendaftarkan mangsa banjir yang dipindahkan di PPS Gereja SIB Salarom Baru.
PINDAH: Pasukan APM mendaftarkan mangsa banjir yang dipindahkan di PPS Gereja SIB Salarom Baru.

KENINGAU: Sejumlah 158 mangsa banjir daripada 38 keluarga dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gereja SIB Salarom Baru di sini selepas situasi banjir yang semakin teruk di kawasan ini

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata jumlah itu termasuklah 57 lelaki dewasa dan 51 wanita dewasa serta 50 kanak-kanak.

Terdahulu hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk Kampung Mosopoh serta beberapa kawasan sekitar dilanda banjir.

“Operasi memindahkan mangsa banjir mula dilakukan pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Keningau.

“Semasa ketibaan pasukan penyelamat di lokasi, kesemua mangsa bagaimanapun sudah berpindah di PPS Gereja SIB Salarom Baru disebabkan paras air mencecah paras bahaya.

“Pembukaan PPS dibuka pada jam 12.30 tengah malam selepas diarahkan Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan,” katanya.

Tambahnya setakat ini keadaan mangsa banjir adalah selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai agar menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Keningau di talian 087-339161 untuk sebarang kecemasan.

Katanya PKOD ini beroperasi 24 jam setiap hari atau turut menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement