Anda di sini

Swasta digalak tunai CSR bantu pembangunan pendidikan

Advertisement
 Shahhelmey (tiga kanan) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang murid sekolah.
SUMBANGAN: Shahhelmey (tiga kanan) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang murid sekolah.

PUTATAN: Kerajaan negeri menggalakkan pihak swasta menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu pembangunan pendidikan di peringkat awal.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata, CSR ini adalah pendekatan murni untuk meringankan beban keluarga kurang berkemampuan membeli keperluan persekolahan anak mereka.

“Saya berharap pihak swasta, syarikat perniagaan atau lain-lain entiti dapat menunaikan CSR mereka untuk pembangunan pendidikan di negeri ini.

“CSR ini juga dilihat dapat memberi kelegaan kepada keluarga yang terkesan dengan cabaran ekonomi semasa ketika ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian ketika menyempurnakan Program Back To School di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan, di sini hari ini.

Program berkenaan adalah anjuran dan inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat bersama pihak swasta.

Shahelmey berkata sumbangan kali ini membabitkan seramai 300 orang murid sekolah rendah di sekitar daerah Putatan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat semua pelajar untuk hadir ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sabah kerana menaja beg sekolah tersebut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement