Anda di sini

Projek pembinaan Patung Mazu di Kudat perlu diteruskan

Advertisement
Chong (tengah) bersama Christina (kanan) ketika pertemuan itu dilakukan.
Chong (tengah) bersama Christina (kanan) ketika pertemuan itu dilakukan.

KOTA KINABALU: Patung Mazu di Kudat yang dijangka menjadi tarikan ramai pelancong dari seluruh dunia perlu dilaksanakan semula dengan kadar segera.

Projek pembinaan Patung Mazu setinggi 108 kaki yang dilihat mampu menjadi ikon di daerah Kudat itu sudah lama terbengkalai.

Mantan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat berkata, pembinaan patung itu bukan semata-mata berkaitan agama, tetapi ia juga boleh menyumbang ekonomi sektor pelancongan negeri.

“Kita lihat di negara China, berjuta pelancong datang ke tanah besar itu semata-mata ingin melihat patung Quan Yin.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mempertimbangkan untuk menyambung semula projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, di sini semalam.

Menurutnya, pembinaan patung itu juga menunjukkan bahawa Sabah sebagai sebuah negeri yang berbilang kaum dan hidup harmoni tanpa mengira kepelbagaian budaya.

Chong juga menyatakan sudah beberapa kali berjumpa dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berhubung perkara itu.

“Patung Mazu akan menjadi tarikan dan kebangaan negeri dan Hajiji juga tidak pernah membantah pembinaan patung berkenaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement