Anda di sini

MAN Matunggong mulakan usaha bukukan adat resam Rungus

Advertisement
 Julita menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Tinduk, Lapiah Majiun dalam program di Kampung Bingolon di sini.
PENGHARGAAN: Julita menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Tinduk, Lapiah Majiun dalam program di Kampung Bingolon di sini.

KUDAT: Mahkamah Anak Negeri (MAN) Matunggong memulakan usaha membukukan adat resam Rungus untuk dijadikan sebagai rujukan terutamanya kepada generasi akan datang.

Pembantu Menteri kewangan Datuk Julita Majungki yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong menyarankan agar penulisan mengenai hal ehwal adat resam dan budaya ini diperkembang dan diperkayakan dengan lebih meluas. 

“Komuniti Rungus kaya dengan adat resam dan budaya yang diturunkan melalui pembelajaran cara hidup serta diajar secara lisan sebelum ini. 

“Kebanyakkan masyarakat Rungus masih mengekalkan serta menyimpan amalan budaya dan adat resam yang sudah diamalkan sejak sekian lama,” katanya pada program bersama ketua kampung dalam Zon Tambuluran di sini.

Tambahnya adat resam yang boleh memperkukuhkan nilai baik dalam komuniti harus dijaga dan dipupuk.

“Komuniti Rungus amat menekankan nilai hormat  menghormati dan mempunyai sistem denda tersendiri bagi setiap pelanggaran. 

“Nilai ini perlu diangkat dan ditekankan dalam keluarga masing agar anak-anak muda dapat diajar dan diberi panduan sebaiknya lebih-lebih lagi dalam era teknologi yang seolah-olah tiada sempadan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MAN Matunggong kerana sangat prihatin dalam hal menjaga dan memperkasakan adat resam komuniti rungus. 

Julitah berkata program yang diadakan untuk menghargai komitmen ketua kampung di Zon Tambuluran akan diteruskan untuk memperkasa peranan MAN dan ketua kampung khususnya di kawasan Matunggong.

  • oleh
  • Advertisement