Anda di sini

KPJ Sabah rawat 600 pesakit buah pinggang sejak 2013

Advertisement
 Antara pusat rawatan pesakit buah pinggang di Unit Hemodialisis KPJ Sabah.
RAWATAN: Antara pusat rawatan pesakit buah pinggang di Unit Hemodialisis KPJ Sabah.

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah (KPJ Sabah) sudah merawat 600 pesakit buah pinggang kronik dan melakukan lebih 20,000 kali sesi dialisis sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.   

Pusat Haemodialisis KPJ Sabah adalah perkhidmatan hemodialisis, haemodiafiltrasi serta pertukaran plasma untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut dan kronik.

Menurut kenyataan KPJ Sabah, Unit Hemodialisis itu diketuai dua Perunding Nefrologi dan sepasukan pakar terlatih dalam kejururawatan buah pinggang.

Katanya, Unit Hemodialisis KPJ Sabah adalah panel yang dilantik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Unit ini menerima tempahan awal untuk rawatan dialisis dan perkhidmatan atas panggilan untuk kes kecemasan.

“Kami juga menyediakan rawatan hemodialisis kepada pelancong yang memerlukan perkhidmatan tersebut semasa bercuti ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merupakan ahli Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis sebagai sebahagian inisiatif Pelancongan Kesihatan.

“Unit Hemodialisis KPJ Sabah mementingkan keselesaan pesakitnya dengan menyediakan makanan ringan setiap kali sesi dialisis dilakukan.

“Kami juga sedang berusaha untuk mengembangkan Unit Hemodialisis kepada status penuh bagi menampung permintaan rawatan dialisis yang semakin meningkat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement