Anda di sini

KPJ Sabah anjur program kesihatan di SMK Tambulion

Advertisement
 Rombongan KPJ Sabah bersama pelajar dan guru-guru SMK Tambulion.
PESERTA: Rombongan KPJ Sabah bersama pelajar dan guru-guru SMK Tambulion.

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah (KPJ Sabah) menganjurkan program kesihatan bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion, Kota Belud, baru-baru ini.

Menurut kenyataan KPJ Sabah, pihaknya komited mengadakan program kesihatan bersama warga sekolah dan mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Katanya, tujuan program itu adalah untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik pelajar, ibu bapa serta guru-guru mengenai penyakit berjangkit seperti denggi, kolera, keracunan makanan, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Kami mengajar cara yang betul mengenai penjagaan kebersihan tangan, bantuan pernafasan (CPR) dan pertolongan cemas dalam program tersebut.

“Ia adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPJ Sabah bagi mewujudkan kesedaran serta mengelak dari penyakit berjangkit yang ada ketika ini,” katanya.

Menurutnya, program yang diadakan kali ini adalah julung kali dilaksanakan di luar kawasan Kota Kinabalu.

“Kami sangat berbangga kerana program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan dihadiri 1,000 pelajar dan 60 guru SMK Tambulion, Kota Belud.

“Selain ceramah kesihatan, turut diadakan pemeriksaan kesihatan asas tekanan darah, glukosa darah, indeks jisim badan dan persembahan tarian penjagaan kebersihan tangan,” katanya.

Beliau berkata, program sebegini dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran kesihatan para pelajar dan guru-guru di SMK Tambulion.

“KPJ Sabah berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak program kesihatan dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement