
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menghulurkan sumbangan ikhlas kepada belia dan beliawanis Kampung Tohan Baru.
Sumbangan itu disampaikan oleh petugas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Addie Bongsu Mohd Arifin (kanan) kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Tohan Baru, Lily Kerimpot.
Addie memberitahu, sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu adalah untuk membiayai pertandingan bola tampar yang dianjurkan oleh belia di kampung itu.
Selepas menerima sumbangan tersebut, Lily yang mewakili para belia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas sumbangan yang diberikan dan berharap pertandingan yang diadakan nanti berjalan dengan lancar.