Anda di sini

Robert sampaikan sumbangan kepada IPG Keningau

Advertisement
 Addie (kanan) menyampaikan sumbangan Robert kepada Hairon.
SAMPAIKAN: Addie (kanan) menyampaikan sumbangan Robert kepada Hairon.




KENINGAU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau menerima sumbangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.


Sumbangan itu adalah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan bulan Ramadan 1444H.


Petugas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Addie Bongsu Mohd Arrifin yang mewakili Robert yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bingkor menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Masjid IPG Kampus Keningau Hairon Bin Zainal Abidin, kelmarin.


Hairon ketika ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas sumbangan kewangan tersebut dalam membiayai kos aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.


Katanya, dengan sumbangan tersebut sudah tentu aktiviti-aktiviti yang telah dirancang itu dapat dijalankan dengan jayanya.

  • oleh
  • Advertisement