Anda di sini

Peranan jaga alam sekitar tanggungjawab bersama: Christina

Advertisement
 Christina (kanan) melawat tapak pameran fotografi pada majlis tersebut.
LAWAT: Christina (kanan) melawat tapak pameran fotografi pada majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Semua rakyat di negeri ini diminta mengambil peranan menjaga alam sekitar supaya kekal segar, selamat dan sihat untuk dirasai generasi akan datang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama semua pihak.

Katanya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama mendidik masyarakat supaya mencintai alam sekitar di negeri ini.

“KePKAS sangat menggalakkan semua kelab fotografi turut menghasilkan karya-karya yang berbentuk alam semula jadi untuk di pamerkan.

“Kita perlu berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya pelajar sekolah tentang keperluan perlindungan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancanran Ulang Tahun ke-15 penerbitan ‘The Environment Magazine’ dan pameran fotografi alam Sabah, di Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu (KKHS), hari ini.

Christina turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk kegunaan pasukan pengarang The Environment Magazine’.

Menurutnya, pameran tersebut dilihat mampu memberikan pengetahuan kepada pelajar supaya menghargai keindahan alam semula jadi.

“Penerbitan jurnal perlindungan alam sekitar ini pula, dapat membantu orang ramai mengetahui isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

“Jurnal ini turut memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap alam sekitar awam, sekali gus mencapai matlamat pembangunan negeri yang mampan,” katanya.

Christina memuji inisiatif KKHS menanam tumbuhan hijau dan buah-buahan di sekitar sekolah yang boleh membantu mencapai perlindungan alam sekitar.

“Saya difahamkan pihak KKHS juga membenarkan orang ramai melawat sekolah untuk melihat keindahan tumbuhan yang ditanam pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Pengarang jurnal The Environment Magazine’, Tsen Kim Poh.

  • oleh
  • Advertisement