Anda di sini

Enam korban serangan bom di Kabul

Advertisement
 Ambulans membawa mangsa keluar dari kawasan serangan bom nekad di Kabul kelmarin. — Gambar AFP
KECEMASAN: Ambulans membawa mangsa keluar dari kawasan serangan bom nekad di Kabul kelmarin. — Gambar AFP

KABUL: Satu serangan bom nekad tidak jauh dari kementerian luar negara Afghanistan kelmarin mengorbankan enam warga awam serta mencederakan beberapa orang lagi, menurut kementerian dalam negeri.

Penyerang telah dikenal pasti oleh pasukan tentera Afghan namun bahan letupan yang dia bawa telah meletup dan membunuh enam warga awam serta mencederakan beberapa orang lagi, kata jurucakap kementerian Abdul Nafy Takor.

Letupan berlaku di hadapan sebuah pusat perniagaan berhampiran kementerian luar negara.

Pertubuhan bukan kerajaan Itali Emergency, yang mengendalikan sebuah hospital di ibu negara, mengesahkan ia telah menerima dua mayat dan 12 yang tercedera, termasuk seorang kanak-kanak.

Letupan kelmarin merupakan serangan yang kedua berhampiran kementerian luar negara di Kabul dalam tempoh kurang dari tiga bulan serta yang pertama sejak bulan Ramadan bermula pada Khamis lepas. — AFP

Advertisement