Anda di sini

Bomba selamatkan mangsa bot karam

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi menyelematkan mangsa bot karam.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi menyelematkan mangsa bot karam.

SEMPORNA: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki karam selepas dipukul ombak, di perairan Semporna, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Abdul Kadir Ab Halalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadia itu pada jam 2.11 petang.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama aset bot Kevlar digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, terdapat seorang lelaki terapung selepas bot yang dinaiki terbalik dan karam dipercayai dipukul ombak di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan dibawa naik ke bot Kevlar untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba juga berjaya menarik bot mangsa ke persisir pantai, sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.38 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement