Anda di sini

Abang Johari terima empat kunjungan hormat

Advertisement
Agus (empat kiri) berjabat tangan dengan Abang Johari semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia
Agus (empat kiri) berjabat tangan dengan Abang Johari semasa mengadakan kunjungan hormat di pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima empat kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
 
Kunjungan hormat yang pertama adalah daripada rombongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak diketuai Pengarah Keselamatan Negeri Sarawak Mohammad Haffizie Putit.

Ia diikuti kunjungan hormat kedua daripada rombongan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai Pengarahnya Edmund Shah Tambi.
 
Edmund ketika ditemui media selepas kunjungan hormat memberitahu, tujuan kunjungan itu adalah untuk memperkenal fungsi dan program pelaksanaan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak sebagai sebuah pusat latihan kepimpinan untuk warga pemimpin-pemimpin sekolah.
 
Beliau juga membincangkan hal-hal tentang keperluan pendidikan digital dalam memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam penyampaian ilmu dan maklumat.
 
“Kami berhasrat mewujudkan MyDigital Classroom di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak sebagai usaha membantu pemimpin-pemimpin pendidikan Sarawak supaya fasih dalam penggunaan teknologi digital,” katanya.
 
Sementara itu, kunjungan hormat yang ketiga adalah daripada rombongan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang diketuai Pengarahnya Dato Dr Mohamad Agus Yusoff.

Manakala kunjungan hormat terakhir adalah daripada Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang diketuai Datuk Len Talif Salleh. 
 
Tujuan kunjungan hormat JKOM adalah untuk membina hubungan dan kerjasama baik antara JKOM dan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pegawai-pegawai JKOM dapat memberi penerangan yang baik kepada masyarakat.

Advertisement