Anda di sini

Rakyat perlu terus bersatu padu untuk maju

Advertisement
 Hajiji (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada majlis berkenaan.
PRIHATIN: Hajiji (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada majlis berkenaan.

TUARAN: Rakyat Sabah khususnya umat Islam perlu terus bersatu padu serta mengukuhkan kerjasama dalam menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dengan perpaduan yang kukuh dan utuh dikalangan rakyat berbilang kaum, kerajaan dapat merancang, membangun serta majukan negeri ini.

"Perpecahan akan merugikan kita. Untuk maju ke hadapan dan dihormati, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama. Gunakan bulan Ramadan ini untuk kukuhkan perpaduan dan persefahaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar Tuaran, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sejak menyandang jawatan Ketua Menteri, kesibukan tugas mentadbir negeri menyebabkan beliau mempunyai masa yang terhad bersama rakyat di kawasannya.

"Saya amat senang hati kerana dapat bertemu dengan rakyat di Kampung Sabandar dan berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan ini," katanya.

Selain menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seramai 77 orang asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal miskin dari kawasan Sabandar. 

  • oleh
  • Advertisement