Anda di sini

Gas memasak meletup, suami isteri cedera melecur

Advertisement
 Keadaan dapur rumah mangsa selepas mengalami kebakaran.
MUSNAH: Keadaan dapur rumah mangsa selepas mengalami kebakaran.

TAWAU: Sepasang suami isteri mengalami kecederaan akibat melecur selepas dapur rumah mereka terbakar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikejarkan ke Hospital Tawau kerana mengalami luka melecur di bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.36 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kejadian itu melibatkan kebakaran di bahagian dapur rumah mangsa.

“Hasil maklumat awal, kebakaran berpunca daripada gas memasak yang bocor sehingga berlaku letupan dan kebakaran di ruangan dapur rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, tiada operasi pemadaman dilakukan kerana orang awam sudah memadam kebakaran itu sebelum ketibaan bomba.

“Terdapat dua mangsa iaitu sepasang suami isteri mengalami kecederaan melecur akibat terkena api dan telah dihantar ke Hospital Tawau oleh jentera EMRS.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.15 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement