Anda di sini

KPDN diminta atasi masalah harga barang di Sabah

Advertisement
LO SU FUI
LO SU FUI

TAWAU: Isu harga barang yang yang tidak selaras antara Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sudah terlalu lama berlaku khususnya di daerah Tawau.

Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui berkata, harga barang di Sabah terlalu tinggi sehingga 30 peratus berbanding di Semenanjung.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu mempunyai satu mekanisme supaya jurang harga barang di Sabah tidak terlalu tinggi.

“Perbezaan harga yang terlalu jauh itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya pihak KPDN mengambil serius dengan nasib rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah sudah lama terbeban dengan harga barang terus meningkat, sedangkan purata gaji penduduk jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan media, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan pada hari ini, tetapi dengan kos hidup yang terlalu tinggi menjadikan rakyat terus mengalami masalah ekonomi.

“Saya selalu menerima aduan daripada penduduk di daerah ini, bahawa semakin hari harga barang meningkat dan membebankan mereka.

“Justeru, saya berharap KPDN dapat meneliti semula harga barang yang sampai ke Sabah supaya ia tidak terlalu jauh berbeza dengan di Semenanjung,” katanya.

Lo turut meminta supaya pihak KPDN selalu turun padang melihat harga barang dipasaran bagi mengelak pihak peniaga mengambil kesempatan.

“Hal ini kerana, walaupun terdapat harga siling yang sudah ditetapkan oleh kementerian, namun masih ada lagi peniaga yang cuba bertindak menaikan harga barang yang tidak munasabah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement