Anda di sini

Tiada sekatan berceramah di Sabah namun perlu ada tauliah: Dr Arifin

Advertisement
 Arifin (empat kiri) menyampaikan pek Ramadan kepada salah seorang JPKK sempena program Bingkisan Ramadan yang diadakan.
SAMPAIKAN: Arifin (empat kiri) menyampaikan pek Ramadan kepada salah seorang JPKK sempena program Bingkisan Ramadan yang diadakan.



MEMBAKUT: Kerajaan Negeri Sabah tidak menyekat mana-mana pihak terutama penceramah untuk memberi ceramah agama di negeri ini namun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif memberitahu, mana-mana penceramah yang bercadang untuk mengadakan ceramah di Sabah termasuk program lain berkaitan, perlu mendapatkan tauliah daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.

ARIFIN ARIF
ARIFIN ARIF


Tegas beliau, ini kerana perkara tersebut sudah termasuk dalam Enakmen Majlis Agama Islam masing-masing.


"Di Sabah prosedurnya juga sedemikian, tatacaranya juga perlu. Apabila kita hendak mengadakan kunjungan ke Sabah untuk membuat program khususnya ceramah dan lain-lain mesti mendapat tauliah daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.


"Ini biasanya dilakukan di seluruh negeri di Malaysia kerana ini termasuk dalam Enakmen yang ada dalam Enakmen Majlis Agama Islam masing-masing, " katanya ketika ditemui Utusan Borneo selepas program Bingkisan Ramadan di kediamannya dekat sini, hari ini.

 Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian JPKK yang hadir pada program Bingkisan Ramadan yang diadakan.
ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian JPKK yang hadir pada program Bingkisan Ramadan yang diadakan.


Dalam perkembangan berkaitan, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu setakat ini kerajaan tidak mempunyai masalah untuk memberikan tauliah kepada mana-mana penceramah sekiranya layak.


"Demikian juga untuk mengajar agama misalnya guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan guru-guru agama yang lain, perlu mempunyai tauliah.


"Saya sendiri ada mendapat tauliah mengajar, berceramah dan berkhutbah. Ini contoh kepada semua bahawa tiada pihak yang terkecuali daripada peraturan untuk mendapat tauliah, demi kebaikan bersama sekaligus mengelak dari perkara di luar landas agama.


Mengenai program Bingkisan Ramadan, Arifin menyerahkan pek Ramadan kepada 3,700 Ketua Isi Rumah (KIR) Islam di seluruh Membakut yang diserahkan secara simbolik kepada 36 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK).


 

  • oleh
  • Advertisement