Anda di sini

PRBS perlu terus bersatu demi kelangsungan identiti budaya

Advertisement
 Joachim (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis berkenaan.
RASMI: Joachim (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis berkenaan.

KUDAT: Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) perlu terus bersatu demi kelangsungan identiti kebudayaan yang diwarisi mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, sekiranya tidak bersatu dan tiada usaha untuk menyatupadukan etnik di Sabah, maka identiti atau kebudayaan itu akan pupus.

"Suku Rungus merupakan salah satu rumpun Dusun di Sabah. Semua suku yang ada dalam negeri ini termasuk Rungus adalah dikawal selia oleh Persatuan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA)," katanya ketika merasmikan Majlis Hari Keluarga PRBS pada Sabtu. 

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menggalakkan orang-orang Rungus untuk terus melibatkan diri dengan aktiviti seperti menyulam manik-manik, kerana suku ini sudah sinonim dengan perniagaan itu di negeri ini. 

Sementara itu Presiden PRBS iaitu OKK Makinsos Nawai berkata, penubuhan PRBS bertujuan memartabatkan lagi adat istiadat Rungus di daerah ini. 

Katanya, program ini merupakan acara tahunan yang julung kali diadakan selepas pandemik COVID-19.

"Sebagai pengisian program, beberapa aktiviti diadakan antaranya sukaneka dan majlis makan malam," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement