Anda di sini

Pendeposit TH Tawau boleh buat rayuan haji bermula esok

Advertisement
AJMAL
AJMAL

TAWAU: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) di daerah ini yang belum menerima tawaran menunaikan haji boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi THiJARI bermula esok.

Pengurus Cawangan TH Tawau Ajmal Junaidi berkata, proses permohanan rayuan haji tahun ini lebih mudah iaitu secara dalam talian berbanding sebelumnya perlu menghantar surat.

Katanya, semua bakal haji hanya perlu muat turun aplikasi THiJARI dan boleh memohon rayuan menerusi dalam talian tanpa hadir ke cawangan TH.

“Selepas rayuan diterima, pihak TH akan membuat satu saringan semula berdasarkan kuota yang berbaki bagi setiap daerah.

“Kami akan umumkan nama bakal haji yang berjaya dalam rayuan tersebut dan mereka akan dipanggil sehingga sebelum penerbangan haji tahun ini,” katanya ketika dihubungi media, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 148 bakal jemaah haji di daerah Tawau yang sudah dipanggil untuk menerima tawaran pertama.

“Jumlah itu akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kuota terisi dengan jemaah yang diterima permohonan rayuannya,” katanya.

Ajmal menjelaskan, dari segi giliran haji adalah bersifat nasional iaitu sekiranya ramai pendeposit di daerah itu yang mendaftar haji, maka kuota yang diberikan juga akan bertambah pada tahun tersebut.

“Justeru, menjadi harapan saya di peringkat TH Tawau supaya lebih ramai penduduk yang mendaftar haji bagi memboleh kita menghantar lebih ramai jemaah setiap tahun,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement