
KENINGAU: Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC), Datuk Annuar Ayub Aman menyampaikan sumbangan Moreh kepada beberapa masjid dan surau di kawasan Mukim Apin-Apin sempena sambutan Ramadan 1444H.
Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Erick Takun Lantayan menghantar sumbangan tersebut kepada pengurusan masjid dan surau berkenaan.
Erick memberitahu program ini sudah bermula sejak tujuh tahun lalu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan DUN Liawan termasuk golongan keluarga Islam yang daif.
Erick berharap sumbangan daripada Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan itu dapat mengimarahkan masjid dan surau berkenaan sempena Ramadan ini.