Anda di sini

KPR laksana Kempen Kesederan Kanser Payudara 7 Mei depan

Advertisement
 Noorliza menerima cendera kenagan daripada Lucilla Pang semasa kunjungan terbabit.
KUNJUNGAN: Noorliza menerima cendera kenagan daripada Lucilla Pang semasa kunjungan terbabit.

KOTA KINABALU: Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kota Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) akan melaksanakan kempen kesedaran kanser payudara sekali lagi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Padang Merdeka pada 7 Mei depan.

Perkara itu turut dimaklumkan Ahli Exco KPR yang diketuai oleh presiden bersekutu Datin Lucilla Pang semasa melakukan kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip di pejabatnya di sini.

Sepanjang kunjungan itu, Noorliza diberikan taklimat mengenai persiapan KPR untuk acara yang mempromosikan kesedaran kanser payudara kepada orang ramai selain mengumpul dana untuk aktiviti komuniti yang dilaksanakan persatuan.

Sepanjang acara itu juga Penaung KPR iaitu isteri Tuan Yang Terutama (TYT) Toh Puan Norlidah R.M Jasni dijangka menyertai acara berjalan kaki sejauh lima kilometer seperti yang pernah disertai dalam acara sama sebelum ini. 

Pengerusi Penganjur Annie Chin berkata orang ramai dialu-alukan untuk menyertai dan memberi sokongan bagi memenuhi sasaran penyertaan 2000 orang.

“Peserta akan diberikan beg goodie dan peserta bertuah yang berpakaian kreatif berwarna merah jambu bakal menerima hadiah wang tunai selain hadiah cabutan bertuah lain.

“Apa yang penting kita menghadirkan diri memberi sokongan serta galakan kepada pesakit yang berjuang dengan kanser payudara agar mempunyai harapan dan tidak berputus asa,” katanya.

Tambahnya sokongan ini termasuklah mengumpulkan derma dan menyediakan tabung kebajikan pesakit kepada yang layak menjalani rawatan di hospital selain memberi sokongan mencukur kepala melalui slogan "Go Bald For Charity".

Tambahnya sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh berhubung melalui laman sosial Facebook Kinabalu Pink Ribbon atau e- mel di [email protected].

  • oleh
  • Advertisement