Anda di sini

Enam individu terima sijil pelantikan sebagai tuai rumah di kawasan Siong

Advertisement
Gira (empat kanan) dan Khalid (empat kiri) merakamkan kenangan bersama tuai-tuai rumah berkenaan di Sibu pada Jumaat.
Gira (empat kanan) dan Khalid (empat kiri) merakamkan kenangan bersama tuai-tuai rumah berkenaan di Sibu pada Jumaat.

SIBU: Seramai enam individu menerima sijil pelantikan sebagai tuai rumah di kawasan Siong di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin di Pejabat Daerah Sibu pada Jumaat.

Pelantikan tersebut merangkumi tiga lantikan lanjutan dan tiga lantikan baharu.
Penyampaian sijil tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang. 

Dalam ucapannya, Gira menyeru kepada tuai-tuai rumah berkenaan supaya berkhidmat dengan telus dan ikhlas serta menjadi pengantara kerajaan dan penduduk rumah panjang. 

“Tuai rumah juga dinasihatkan supaya sentiasa berhubung dengan pejabat dearah sekiranya ada masalah ataupun ingin mengemukakan permohonan  pembangunan rumah panjang,” ujarnya. 

Beliau turut mengingatkan mereka supaya supaya sentiasa merujuk kepada pegawai daerah atau residen berkenaan polisi dan dasar kerajaan termasuk projek pembangunan sekiranya perlu.

“Adalah penting selaku pemimpin akar umbi memiliki disiplin tinggi, integriti serta ilmu pengetahuan,” tegasnya.

Gira berkata, pelantikan tuai rumah merupakan pilihan sebulat suara daripada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) di setiap pintu rumah panjang dan tempoh lantikan pertama selama empat tahun dan lantikan lanjutan adalah dua tahun. 

Turut hadir menyaksikan penyerahan sijil tersebut ialah Pegawai Dearah Sibu Khalid Andong.
 

  • oleh
  • Advertisement