Anda di sini

Segerakan tambah baik infrastruktur dan fasiliti awam di Sabah

Advertisement
BOBBEY
BOBBEY

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bobbey Suan menggesa Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan (Nusantara). 

Katanya, rakyat Sabah mengharapkan agar infrastruktur dan fasiliti awam di Sabah setanding dengan negara jiran itu.

"Sesuai dengan saranan Titah Diraja supaya pihak kerajaan menyediakan peruntukan kewangan untuk infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti, saya menegaskan sekali lagi, bahawa penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah hendaklah dipercepatkan berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke wilayah Kalimantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Bobbey juga mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk duduk semeja dan menyelesaikan dengan kadar segera masalah kesesakan lalu lintas akibat daripada kekurangan kawasan parkir (kawasan letak kereta) di hospital-hospital kerajaan khususnya di Hospital Queen Elizabeth 1 dan Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu yang sudah berlarutan bertahun-tahun. 

Menurutnya, ini adalah kerana kapasiti dan keupayaan  kawasan letak kereta sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit dan orang awam yang berkunjung iaitu dalam lingkungan 1,000 sehingga 21,000 orang sehari.

"Saya mengharapkan permasalahan ini dapat diatasi dengan kadar segera demi kepentingan rakyat," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement