Anda di sini

Kempen derma darah anjuran lima NGO kumpul 37 pain darah

Advertisement
Orang ramai meluangkan masa menderma darah pada kempen derma darah di Sibu.
Orang ramai meluangkan masa menderma darah pada kempen derma darah di Sibu.

SIBU: Kempen derma darah anjuran lima badan bukan kerajaan (NGO) berjaya mengumpul 37 pain darah.

Program dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu diadakan di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu.

Kempen itu anjuran bersama PBSMM Cabang Sibu, Kelab Lions Sibu Pahlawan, Kelab Lions Sibu Loving Care, Persatuan Kung Siong Sibu dan Loving Care Community.

Seramai 46 orang tampil mendaftar dan melakukan pemeriksaan, namun hanya 37 orang berjaya manakala sembilan orang tidak berjaya atas fakor pengambilan ubat, masalah kesihatan dan sebagainya.

Penganjuran kempen itu sebagai usaha membantu Tabung Darah hospital mendapatkan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
 

  • oleh
  • Advertisement