Anda di sini

Dua didapati bersalah memiliki daging rusa

Advertisement
 Kedua-dua pesalah ditangkap bersama hasil buruan mereka.
DITANGKAP: Kedua-dua pesalah ditangkap bersama hasil buruan mereka.

LAHAD DATU: Dua orang didapati bersalah kerana memiliki daging rusa yang dipercayai diburu secara haram dalam Rezab Hidupan Liar Tabin di sini.

Gulmin Salahuddin dan Ahmad Akram Mat Nawi didapati bersalah kerana memiliki seguni berwarna putih berisi 36 ketul daging Rusa

Gulmin dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM35,000 atau penjara selama 18 bulan jika gagal membayar denda. Manakala, Ahmad Akram turut didapati  bersalah kerana  memiliki satu guni berwarna putih berisi 49 ketul daging rusa.
 
Keputusan perbicaraan berkenaan dihakimi oleh Herlina Muse dilakukan pada 23 Mac 2023.
 
Keputusan berkenaan adalah berdasarkan seksyen 41 (2)  Enakmen pemeliharaan Hidupan liar 1997. 

Pada perbicaraan yang lepas Ahmad Akram telah mendapat ikat jamin daripada mahkamah sebanyak RM2, 000 dengan dua orang penjamin.

Bagaimanapun, pesalah (Ahmad) tidak hadir ke mahkamah pada tarikh perbicaraan dan mahkamah telah mengeluarkan Waran Tangkap untuk beliau.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabah Rustam Sanip.
 

  • oleh
  • Advertisement