Anda di sini

APM Sibu berjaya tangkap ular sawa dalam longkang di belakang rumah

Advertisement
Ular sawa sepanjang lima kaki yang berjaya ditangkap oleh pasukan APM Sibu.
Ular sawa sepanjang lima kaki yang berjaya ditangkap oleh pasukan APM Sibu.

SIBU: Seekor ular sawa sepanjang lima kaki yang cuba menyelinap masuk ke kawasan sebuah rumah di Lorong 3A, Jalan Maludam di sini berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Sibu pagi Jumaat.

Jurucakap APM Sibu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.22 pagi dan mengerahkan empat anggota untuk menjalankan khidmat menangkap ular di lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota kami dimaklumkan mengenai seekor ular sawa berada dalam longkang di belakang rumah terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ular sawa yang beratnya lebih kurang lima kilogram berjaya ditangkap dengan penjerut.

Setelah memastikan keadaan terkawal, pasukan operasi balik ke markas dan ular itu dilepaskan di habitat asalnya jauh dari kawasan populasi manusia.
 

  • oleh
  • Advertisement