Anda di sini

KPJ Sabah anjur Karnival Sukan 2023

Advertisement
 Asmadi (berdiri tengah) bersama Ajaz, Mohamad Faizal dan semua peserta karnival tersebut.
PESERTA: Asmadi (berdiri tengah) bersama Ajaz, Mohamad Faizal dan semua peserta karnival tersebut.

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah (KPJ Sabah) menganjurkan Karnival Sukan 2023 untuk memilih atlet mewakili wilayah Borneo bertanding pada Karnival Sukan KPJ Healthcare, akan datang.     

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Malaysia Timur Asmadi Mohd Bakri berkata, karnival sukan itu julung kali diadakan selepas tertangguh selama tiga tahun susulan pandemik COVID-19 di negara ini.

Katanya, program ini adalah acara tahunan, bertujuan untuk merapatkan silaturahim semua warga KPJ Sabah menerusi aktiviti sihat.

“Kejohanan ini merupakan satu peluang untuk menjalinkan hubungan mesra antara pakar perunding kesihatan dan kakitangan KPJ Sabah.

“Saya berharap KPJ Sabah dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti seperti ini dengan kadar penonton dan peserta yang lebih ramai lagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, karnival sukan itu dibahagikan kepada 12 kategori sukan lelaki dan wanita yang sertai oleh pakar-pakar perunding kesihatan serta kakitangan KPJ Sabah.

“Sebanyak empat pasukan yang bertanding merebut hadiah utama iaitu Tambadau, Super Bayau, Rhino dan Green Gator,” katanya.

Asmadi berkata, karnival itu juga menjadi platform KPJ Sabah untuk memilih atlet mewakili wilayah Borneo untuk menyertai Sukan KPJ Healthcare akan datang.

Katanya, pasukan Tambadau membawa pulang piala kejuaraan Karnival Sukan KPJ Sabah 2023 setelah mengumpul jumlah pingat terbanyak.

Turut hadir, Pengarah Perubatan KPJ Sabah, Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan dan Pengurus KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed.

  • oleh
  • Advertisement