Anda di sini

Anggota PDRM diingat guna baik kepercayaan kepada penjawat awam

Advertisement
 Para anggota dan kakitangan awam IPD Ranau yang dinaikkan pangkat merakamkan kenangan bersama Simiun (lima kanan).
KENANGAN: Para anggota dan kakitangan awam IPD Ranau yang dinaikkan pangkat merakamkan kenangan bersama Simiun (lima kanan).

RANAU: Anggota dan pegawai polis perlu mempergunakan sebaiknya kepercayaan yang diberikan kepada penjawat awam terutama untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, penghargaan kepada anggota PDRM menerusi kenaikan pangkat adalah kepercayaan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.

Katanya, kepercayaan yang diberikan itu perlu digunakan sebaiknya oleh semua penjawat awam dalam melaksanakan tugas dengan gigih.

"Jadikan kenaikan pangkat sebagai pemangkin motivasi untuk lebih gigih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam tugas yang diamanahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyematan pangkat kepada anggota dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di sini hari ini.

Simiun turut menekankan mengenai disiplin warga IPD Ranau agar organisasi PDRM sentiasa dihormati masyarakat.

"Kekalkan amalan disiplin yang tinggi agar kualiti kerja terus cemerlang dan masyarakat terus menghormati pasukan kita sebagai agensi penguatkuasa undang-undang utama di negara ini," katanya.

Pada majlis itu, seorang anggota dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal dan empat lagi dari Konstabel kepada Lans Koperal serta lima kakitangan awam turut menerima kenaikan gred.
 

  • oleh
  • Advertisement