Anda di sini

80 wanita sertai kursus perkasa kemahiran Demak Laut

Advertisement
Hazland melihat hasil tangan peserta Kursus Kemahiran Jangka Masa Pendek pada majlis perasmian di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tebas pada Ahad.
Hazland melihat hasil tangan peserta Kursus Kemahiran Jangka Masa Pendek pada majlis perasmian di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tebas pada Ahad.

KUCHING: Seramai 80 peserta wanita dari Kampung Muara Tebas dan Muara Tebas Lot menyertai Kursus Kemahiran Jangka Masa Pendek di sini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr. Hazland Abang Hipni, kursus ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bersama Wanita Kampung Muara Tebas dan Muara Tebas Lot dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS). 

“Tujuan kita mengadakan program sebegini adalah untuk mempelbagaikan dan memperkasakan kemahiran penduduk di kawasan DUN Demak Laut.

“Antaranya, kita menyediakan Kursus Kemahiran Jangka Masa Pendek seperti membuat Kek Timba, Air ala Starbuck, Lasagna dan Kek Hari Lahir untuk mereka (penduduk setempat), katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kursus Kemahiran Jangka Masa Pendek di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tebas di sini, pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut itu berkata, menariknya tentang kursus ini ialah setiap peserta yang terlibat akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan CENTEXS.

Setiap peserta akan menerima sijil kursus yang dianugerah CENTEX yang boleh digunakan untuk pendaftaran syarikat dan mendapatkan bantuan daripada kerajaan seperti daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN, Bank Agro, Bank Rakyat, SME Bank dan sebagainya,” katanya.

Dengan ada penganjuran kursus sebegini Hazland berharap ia mampu meningkatkan sosioekonomi serta memperkasakan wanita dalam kerjaya sebagai usahawan.

“Selain wanita, program sebegini juga akan diperluaskan kepada golongan lelaki dan belia dengan kursus-kursus kemahiran yang bersesuaian pada masa akan datang,” ujar beliau.

Advertisement