Anda di sini

Wanita main peranan penting dalam masyarakat

Advertisement
 Dr Jeffrey menyampaikan replika cek kepada Persatuan Wanita Cina Keningau yang diterima oleh Presidennya Datin Lau Yok Ching.
SAMPAIKAN: Dr Jeffrey menyampaikan replika cek kepada Persatuan Wanita Cina Keningau yang diterima oleh Presidennya Datin Lau Yok Ching.


KENINGAU: Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat masa kini dalam semua aspek seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, perundangan, alam sekitar termasuklah dalam politik negara.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, wanita juga merupakan adalah pemimpin yang semulajadi, 'natural leaders' yang menjaga semua ahli-ahli keluarga.


“Bukan itu sahaja, peranan wanita dalam perkhidmatan pertubuhan kemasyarakatan juga tidak kurang hebatnya.

 
“Kita dapat melihat makin ramai kaum wanita muncul sebagai penggerak program-program kemasyarakatan, program kebajikan dan lain-lain,” katanya semasa berucap pada Majlis Malam Mesra Cheongsam anjuran Persatuan Wanita Cina Keningau, sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, yang diadakan di Dewan  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) Yuk Kong, baru-baru ini.


Mengenai Majlis Malam Mesra Cheongsam iaitu program Ratu Cheong Sam, Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata ia menampilkan peserta-peserta yang hebat-hebat belaka.

 Cecilia memakaikan mahkota kepada pemenang pertandingan pakaian Cheongsam.
TAHINAH: Cecilia memakaikan mahkota kepada pemenang pertandingan pakaian Cheongsam.


Jelas beliau, program tersebut secara tidak langsung berupaya meningkatkan lagi keyakinan wanita dalam kehidupan harian mereka.


"Dalam dunia globalisasi, meskipun peranan wanita semakin penting, wanita turut menghadapi cabaran persaingan yang semakin hebat dan mereka memerlukan sokongan padu daripada seluruh masyarakat.

“Kaum wanita selain perlu mengurus hal ehwal rumah tangga masing-masing, dalam masa yang sama wanita juga perlu berhadapan dengan tekanan daripada kerjaya yang diceburi.

 
“Oleh yang demikian, saya menyeru seluruh lapisan masyarakat khasnya kaum lelaki agar sentiasa memberi sokongan dan mendorong ke arah kebaikan terhadap kaum wanita ini,” kata Dr Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.


Pelbagai acara, pertandingan dan persembahan diadakan bagi memeriahkan majlis itu yang turut di hadiri Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat , Datuk Flovia Ng; ADUN Liawan Datuk Annuar Ayub Aman; Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang; Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan; Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Datuk Chew Ah Kau, Penasihat Persatuan Wanita Cina Keningau Raymond Koh.

 

  • oleh
  • Advertisement