Anda di sini

UMNO Sabah sedia runding kerjasama PRN akan datang

Advertisement
BUNG MOKTAR
BUNG MOKTAR

KOTA KINABALU: UMNO Sabah bersedia untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik di negeri ini untuk kerjasama pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu perundingan dengan parti politik di Sabah.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan UMNO mempunyai rakan untuk berhadapan dalam PRN kelak.

"Ini penting kerana Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil selepas PRN nanti.

"Dalam perkara ini saya cukup tegas bahawa rakyat Sabah benar-benar memerlukan kerajaan yang memikirkan masa depan rakyat dan negeri Sabah.

"Rakyat Sabah berhak menikmati kemerdekaan yang sebenarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal yang memutuskan tidak akan bergerak solo pada PRN Sabah nanti dan bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti antaranya UMNO.

Dalam pada itu Bung Moktar berkata, isu prasarana yang menjadi kekangan besar ke arah pembangunan Sabah wajib diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau yakin sekiranya UMNO diberi peluang bersama rakan-rakan yang lain, perkara seumpama itu akan dapat dinoktahkan dengan apa cara sekalipun.
 

  • oleh
  • Advertisement