Anda di sini

Pembinaan Masjid Al-Falah bukti toleransi semua kaum

Advertisement
 Juhar menandatangani plak simbolik perasmian masjid tersebut.
TANDATANGAN: Juhar menandatangani plak simbolik perasmian masjid tersebut.

TAWAU: Pembinaan Masjid Al-Falah Kampung Baru Pasir Putih yang dicadangkan oleh Tan Sri Liew Yun Fah membuktikan bahawa perbezaan agama dan budaya bukanlah penghalang untuk semua kaum bertoleransi.

Cadangan itu dibuat ketika Liew menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai sekitar tahun 2003.

ADUN Kukusan, Rina Jainal berkata, masjid itu juga menjadi bukti bahawa persefahaman dan kerjasama sangat penting untuk semua masyarakat mencipta kejayaan serta keharmonian bersama.

“Sebelum pembinan masjid ini, penduduk terpaksa berjalan kaki kira-kira satu kilometer ke Masjid An-Nur Pasir Putih yang terletak di luar kampung untuk menunaikan ibadah terutamanya solat Jumaat.

“Justeru mengambil kira kepayahan penduduk khususnya golongan warga emas, Liew mencadangkan pembinaan sebuah lagi masjid yang berada di kawasan Kampung Baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Al-Falah Kampung Baru Pasir Putih yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di sini hari ini. Turut hadir, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menariknya pembinaan masjid ini, katanya, ia tidak menggunakan peruntukan kerajaan negeri atau pusat ketika itu, sebaliknya membabitkan kerjasama antara ADUN Merotai dan penduduk kampung sendiri.

 Juhar bergambar kenangan bersama Rina dan Liew ketika merasmikan masjid tersebut.
KENANGAN: Juhar bergambar kenangan bersama Rina dan Liew ketika merasmikan masjid tersebut.

Menurutnya, ADUN menyumbangkan kos pembinaan, manakala penduduk kampung pula menyumbang tenaga untuk mendirikan masjid ini.

“Sebahagian penduduk kampung juga turut menyumbang wang untuk digunakan dalam pembinaan masjid seluas 50 kaki persegi ini.

“Hasil kerjasama erat antara kepimpinan Liew sebagai ADUN merotai ketika itu dan penduduk kampung, maka masjid ini dapat disiapkan dalam tempoh kurang dua tahun,” katanya.

Beliau yang juga Setiusaha Politik Menteri Kewangan Sabah berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana selepas 17 tahun, masjid ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah.

Katanya, kerajaan negeri juga di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi pembelian karpet di masjid ini.

“Saya telah menyampaikan sendiri sumbangan itu tahun lalu dan pembelian serta pemasangan karpet baharu telah dilakukan oleh pihak pengurusan masjid.

“Ramadan kali ini, ahli kariah Al-Falah dapat beribadah dengan lebih selesa menerusi penggunaan karpet baharu,” katanya.

Rina menjunjung kasih atas kesudian Tun Juhar dan Toh Puan, hadir ke majlis yang penuh bermakna ini.

“Kehadiran mereka jelas membuktikan keprihatinan mendalam dan sokongan terhadap masyarakat kampung di daerah ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement