Anda di sini

Jalinan akrab polis dan masyarakat sentiasa penting

Advertisement
 Warga IPK Negeri Sabah merakamkan kenangan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216.
HARI POLIS: Warga IPK Negeri Sabah merakamkan kenangan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216.

KOTA KINABALU: Kira-kira 1,000 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sabah berhimpun bagi meraikan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di sini hari ini.

Acara tahunan itu dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Jauteh ketika membacakan perutusan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jalinan akrab ahli masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM membantu pasukan polis dalam usaha mencegah jenayah.

Justeru katanya, konsep kepolisan masyarakat akan terus diperteguh bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab ke arah matlamat mewujudkan persekitaran sifar jenayah di negara ini.

Menurutnya, usaha itu seiring dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' yang terus dikekalkan pada Sambutan Hari Polis kali ini. 

Beliau berkata, pihak polis sentiasa menghargai segala sokongan dan kerjasama yang diberikan masyarakat kepada PDRM selama ini.

Untuk rekod, pasukan PDRM Sabah memiliki jumlah keanggotaan seramai 7,874 orang termasuk sekitar 1,200 anggota yang bertugas di IPK Sabah membabitkan 10 jabatan.
 

  • oleh
  • Advertisement