Anda di sini

Family Day DVS Sabah bahagian SPP meriah, pelbagai aktiviti menarik diadakan

Advertisement
 Pegawai dan kakitangan DVS Sabah Bahagian SPP merakamkan gambar kenangan sempena Program Family Day SPP 2023 yang diadakan di Tuaran.
ALBUM: Pegawai dan kakitangan DVS Sabah Bahagian SPP merakamkan gambar kenangan sempena Program Family Day SPP 2023 yang diadakan di Tuaran.



KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah Bahagian Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan (SPP) telah mengadakan Program Family Day di salah sebuah resort dekat Tuaran yang diadakan pada Ahad lepas.


Program Family Day SPP 2023 berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari seperti pertandingan memancing, carrom, karaoke, zumba dan memasak.


Penolong Pengarah Bahagian SPP ibu pejabat, Yusrinyam Yusop berkata, program yang diadakan itu bertujuan memupuk silaturahim diantara para pegawai dengan kakitangan semua peringkat agar dapat membentuk sebuah pasukan yang hebat.


"Dengan pendedahan sedemikian menerusi Family Day SPP 2023 ini, ianya dapat mengukuhkan ukhuwah yang secara tidak langsung mewujudkan satu kerjasama erat berpasukan dalam jabatan ini.


"Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan lancar. Semoga program ini akan memberikan kita semangat untuk terus melaksanakan kerja dengan cemerlang di masa hadapan, " katanya semasa berucap semasa majlis itu.


Beliau berharap aktiviti-aktiviti yang diadakan pada program itu bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim tetapi juga secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja.

  • oleh
  • Advertisement