Anda di sini

Bekas Menteri Luar angkat sumpah sebagai Senator

Advertisement
 Anifah semasa mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.
ANGKAT SUMPAH: Anifah semasa mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara.

 

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Panglima Anifah Aman mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini hari ini.


Beliau (Anifah) merupakan antara 16 individu yang dilantik sebagai Senator Dewan Negara.


Anifah dalam kenyataan merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan dan kepercayaan dalam pelantikan beliau sebagai Senator.


Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu turut bersyukur kerana terus diberi kepercayaan dan peluang meneruskan khidmat kepada rakyat secara keseluruhan dalam kapasiti sebagai Ahli Dewan Negara, berkuatkuasa hari ini.


“Saya komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang dan akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan rakyat.


“Pengalaman dan pengetahuan saya sebagai bekas Menteri Luar dan juga mantan ahli Parlimen akan saya gunakan di Dewan Negara dengan menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna dalam membentuk masa depan negara dan mengukuhkan kedudukannya di persada global,” katanya dalam satu kenyataan selepas selesai mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini.


Anifah pada ketika ini turut bertugas sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri Sabah, yang dilantik pada awal Februari tahun ini.

  • oleh
  • Advertisement