Anda di sini

Yayasan Nur Jauhar santuni penghuni Rumah Warga Tua Air Panas

Advertisement
 Toh Puan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Warga Tua Air Panas.
SUMBANGAN: Toh Puan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Warga Tua Air Panas.

TAWAU: Seramai 38 penghuni Rumah Warga Tua Air Panas di sini menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai dan cenderahati itu sempena lawatan Norlidah ke daerah ini hari ini.

Selain penyampaian sumbangan, beliau turut bertanya khabar dan beramah mesra bersama penghuni rumah warga tua berkenaan.

Pada masa sama, Norlidah berkesempatan mendengar taklimat berkenaan pengurusan di Rumah Warga Tua Air Panas dan melihat tayangan montaj aktiviti penghuni di sini.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal dan ADUN Sri Tanjung Justin Wong.

  • oleh
  • Advertisement