Anda di sini

Sabah-Indonesia boleh jalin kerjasama pelaburan maritim

Advertisement
 Roland bersama delegasi yang lain ketika melawat ke Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia.
LAWATAN: Roland bersama delegasi yang lain ketika melawat ke Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dilihat boleh menjalinkan hubungan kerjasama dengan Indonesia berkaitan pelaburan maritim khususnya di Ibu Kota baharu negara jiran itu nanti.

Potensi itu diperolehi ketika lawatan delegasi dari Sabah yang diketuai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Roland Chia ke Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia, baru-baru ini.

Lawatan itu turut disertai Presiden Persatuan Undang-undang Sabah, Roger Chin dan Presiden Majlis Profesional Sabah Rizal Banjar.

Roland berkata, delegasi Sabah berkunjung ke pejabat kementerian yang bertanggungjawab dalam merancang serta menyelaraskan dasar hal ehwal maritim dan pelaburan di bawah Kementerian Koordoinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Indonesia.

“Kami diberikan taklimat mengenai banyak peluang pelaburan termasulah di kawasan perindustrian hijau Kalimantan Utara yang dijangka menjadi Taman Perindustrian Hijau terbesar di dunia.

“Selain itu, kami turut mendapat imput berkenaan peluang pelaburan di Nusantara, undang-undang dan peraturan pelaburan, cukai serta insentif lain,” katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.

Menurutnya, melalui lawatan itu, rombongan delegasi dapat menerima serba sedikit pengetahuan berkaitan peluang pelaburan di Nusantara.

“Semua delegasi juga sudah boleh merancang dan mencari jalan untuk mengambil bahagian dalam pasaran pelaburan di Nusantara,” katanya.

Roland berharap, kerajaan Indonesia juga diminta mempertimbangkan untuk melabur di Sabah khususnya di kawasan berhampiran Kalimantan.

Terdahulu, taklimat di kementerian itu dikendalikan oleh Timbalan Menteri Penyelaras Pelaburan dalam Perkhidmatan, Farah Heliantina dan Timbalan Strategi Pelaburan kementerian, Ferry Akbar Pasaribu.

  • oleh
  • Advertisement