Anda di sini

Penuntut IPTA diminta tidak terikut budaya tidak sihat

Advertisement
 Julita (dua kiri) menyampaikan insentif kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
BANTUAN: Julita (dua kiri) menyampaikan insentif kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

KOTA MARUDU: Pelajar yang diterima masuk melanjutkan pengajian ke Intitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diminta supaya sentiasa menjaga pergaulan dan tidak terikut dengan budaya yang tidak sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki berkata, semua pelajar akan hidup bebas di IPTA tanpa pengawasan daripada ibu bapa dan keluarga masing-masing.

Pembantu Menteri Kewangan ini berkata, pelajar perlu bijak mencari kawan untuk bergaul supaya dapat mendorong mereka ke arah yang lebih baik.

“Saya berharap bermula dari tahun pertama, semua pelajar perlu menunjukkan kecemerlangan supaya menjadi motivasi sehingga tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program bersama pelajar IPTA dan penyampaian insentif kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Dewan Terbuka Matunggong, di sini pada Jumaat lepas.

Program kali ini melibatkan seramai 70 pelajar dari dua sekolah di Matunggong yang menawarkan kelas tingkatan enam.

Menurutnya, program pemberian insentif kewangan ini dilaksanakan di bawah Teras 1 Sasaran Keutamaan ADUN Matunggong iaitu memperkasa pencapaian pendidikan anak-anak daerah ini. 

Julita berkata, program itu adalah siri ketiga sejak mula dilaksanakan pada 2020.

“Kita berharap dengan adanya program ini, dapat memberi dorongan kepada pelajar khususnya yang mengambil peperiksaan STPM supaya sentiasa bersungguh-sungguh menimbah ilmu. 

“Program kali ini juga memberi manfaat kepada lebih 60 pelajar di DUN Matunggong yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement