Anda di sini

Newcastle yakin mampu berikan saingan hebat 

Advertisement
Sebahagian daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Nottingham Forest dan Newcastle United di Nottingham, England, kelmarin. — Gambar AFP
Sebahagian daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Nottingham Forest dan Newcastle United di Nottingham, England, kelmarin. — Gambar AFP

NOTTINGHAM:Alexander Isak berkata Newcastle percaya mereka akan mengunci tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas pemain Sweden itu menjaringkan dua gol, termasuk gol penalti pada masa kecederaan, untuk menewaskan Nottingham Forest 2-1 kelmarin.

Kemenangan mengangkat Magpies satu mata dari Tottenham yang berada di tangga keempat dan dengan satu perlawanan dalam tangan untuk menentang Spurs.

“Kami percaya dan kami tahu bahawa kami memilikinya dalam tangan sendiri dan mempunyai peluang yang baik,” kata Isak selepas Newcastle memulakan rehat antarabangsa dengan kemenangan berturut-turut.

“Kami harus mengambil rehat ini dengan perasaan yang baik dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.”

Kekalahan itu adalah yang pertama bagi Forest di tempat sendiri dalam liga sejak September dan meletakkan anak buah Steve Cooper masih dua mata di luar zon penyingkiran.

“Ia cara paling teruk untuk kalah, dalam beberapa minit terakhir, selepas bertarung dalam permainan,” kata Cooper. 
“Kami membuat beberapa keputusan yang buruk mengenai gol dan itu merupakan sesuatu yang kami hanya boleh salahkan kepada diri kami sendiri.”

Newcastle menamatkan penantian hampir dua bulan untuk meraih kemenangan Liga Perdana pada hujung minggu lalu dalam menewaskan Wolves dan keluar dari City Ground dengan gembira.

Peluang paling hampir untuk pasukan pelawat ialah apabila Renan Lodi memalingkan hantaran lintang Isak ke palang sendiri.

Sebaliknya, Forest yang mendapat kelebihan dahulu hasil daripada Sven Botman.

Pemain pertahanan tengah Belanda itu telah menjadi faktor utama kejayaan Newcastle musim ini tetapi dalam percubaannya untuk menghantar bola kepada penjaga gol Nick Pope telah dipintas oleh Emmanuel Dennis, yang menghasilkan penyudah untuk gol kedua dia buat Forest.

Sekali lagi, tiang gol menyelamatkan tuan rumah apabila sepakan Sean Longstaff dari tepi kotak melantun daripadanya.

Newcastle akhirnya mendapat ganjaran mereka pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila pemain rekod kelab Isak mempamerkan aksi akrobatik semasa merembat masuk hantaran lintang Joe Willock.

Rentak permainan diteruskan selepas rehat ketika Magpies mengepung gol Forest.

Bekas penjaga gol Real Madrid dan Paris Saint-Germain, Keylor Navas berada pada tahap terbaik untuk menepis keluar rembatan kuat daripada Elliot Anderson dan Bruno Guimaraes.

Anderson menyangka dia dapat melakar gol senior pertamanya apabila dia menanduk masuk hantaran Isak.

Bagaimanapun, gol itu dibatalkan secara kontroversi selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) untuk ofsaid.

Forest kelihatan bersedia untuk bertahan demi mendapatkan satu mata berharga, namun Moussa Niakhate dengan selamba mengangkat tangannya untuk menghalang tandukan lemah Isak.

Musim sulung pemain antarabangsa Sweden itu di England telah terjejas oleh kecederaan, tetapi dia menunjukkan kelasnya dengan kekal tenang untuk melepasi Navas dan mencetuskan sambutan meriah dalam kalangan penyokong di tempat lawan.

“Ia kemenangan besar dan saya fikir kami layak mendapatnya,” kata Howe.

“Kebangkitan ialah cara terbaik untuk menang dan watak yang kumpulan tunjukkan sangat mengagumkan.” — AFP 

Advertisement