Anda di sini

Melukis satu lagi cabang bakat Alena Murang 

Advertisement

Kini mulai menjinakkan diri dalam bidang lukisan sebagai pengembangan kepada minatnya dalam dunia seni

 Alena (kanan) merakam kenangan bersama Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali (kiri) di pameran 'Colours of the Highlands' di Galeri Hoan, La Promenade Mall malam tadi.
ORANG SENI: Alena (kanan) merakam kenangan bersama Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali (kiri) di pameran 'Colours of the Highlands' di Galeri Hoan, La Promenade Mall malam tadi.

"Walaupun muzik mengambil banyak masa saya namun apabila terdapat kelapangan dan tidak mengembara untuk membuat persembahan saya akan mulai rindu untuk melukis."

Alena Murang
Penyanyi, komposer dan pemain sape

Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Penyanyi, komposer dan pemain sape Alena Murang kini mulai menjinakkan diri dalam bidang lukisan sebagai pengembangan kepada minatnya dalam dunia seni.

Beliau ketika ditemui pemberita di pameran pertamanya 'Colours of the Highlands' di Galeri Hoan, La Promenade Mall malam tadi memberitahu bahawa seni lukisan merupakan minatnya sejak kecil lagi.

"Walaupun muzik mengambil banyak masa saya namun apabila terdapat kelapangan dan tidak mengembara untuk membuat persembahan saya akan mulai rindu untuk melukis," katanya.

 Alena memberi penerangan kepada para pengunjung ke pameran 'Colours of the Highlands' di Galeri Hoan, La Promenade Mall malam tadi.
BEGINI: Alena memberi penerangan kepada para pengunjung ke pameran 'Colours of the Highlands' di Galeri Hoan, La Promenade Mall malam tadi.

Sewaktu dipelawa oleh Galeri Hoan setahun yang lalu untuk mempamerkan 51 koleksi hasil seni yang diolahnya selama 10 tahun, beliau lantas bersetuju kerana industri muzik agak sunyi pada awal tahun.

Beliau berkongsi dengan pemberita bahawa dirinya tidak pernah merasa letih bahkan mempunyai limpahan idea yang selalu ingin diluahkannya dalam setiap hasilan di studio peribadinya di Kuala Lumpur.

Alena, 34, menjadikan pelukis terkenal belanda Vincent Van Gogh sebagai idolanya lantas meletakkan sasaran untuk mewujudkan stail lukisan dan menambah baik kemahiran seninya kelak.

 Alena bersama lukisan Pu' Ayam salah satu lukisan kegemarannya.
KEGEMARAN: Alena bersama lukisan Pu' Ayam salah satu lukisan kegemarannya.

Beliau berkata koleksi lukisan itu sudah mula dipamerkan bermula 18 Mac hingga 30 April depan.

Tambahnya, lukisan kegemaran yang dihasilkannya adalah gambaran seorang anak kecil lelaki bertajuk Pu'Ayam.

"Lukisan anak ini adalah sangat comel dan menarik dan budak ini berasal dari Long Banga, bersebelahan kampung saya sendiri.

 Koleksi-koleksi menarik lukisan Alena yang dipamerkan di Galeri Hoan di La Promenade Mall sehingha 30 April depan.
MENARIK: Koleksi-koleksi menarik lukisan Alena yang dipamerkan di Galeri Hoan di La Promenade Mall sehingha 30 April depan.

"Melukis anak kecil ini memberikan saya kebahagiaan yang mana dia merupakan anak kepada salah seorang rakan saya sendiri.

"Banyak sebenarnya idea yang ingin saya gambarkan menerusi lukisan dan seni ini sebenarnya saling berkaitan termasuk fesyen dan muzik," ujarnya.

Pameran Alena adalah pameran 'medium campuran', dengan memaparkan dakwat, kapur, akrilik, cat air, kanvas, kertas, rakaman audio dan abu daripada sebuah rumah panjang yang pernah terbakar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari hoangallery.com atau lapromenademall.com.my. 

 
Advertisement