Anda di sini

Lelaki maut terperosok bawah kenderaan 

Advertisement
 Pasukan bomba mengusung mangsa selepas berjaya dikeluarkan dari bawah kenderaan dalam kemalangan terbabit.
MANGSA: Pasukan bomba mengusung mangsa selepas berjaya dikeluarkan dari bawah kenderaan dalam kemalangan terbabit. Gambar ihsan bomba

LABUAN: Seorang lelaki penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan dalam kemalangan kira-kira jam 4.50 pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kemalangan terbabit berlaku di Jalan Taman Orkid dekat sini melibatkan mangsa yang berumur 24 tahun.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.57 pagi.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah kenderaan pada jam 5.44 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
 

  • oleh
  • Advertisement