Anda di sini

Sibu Tower Run 2023 berjaya tarik 252 peserta

Advertisement
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang (dua kiri) menyampaikan hadiah Takaaki. Turut kelihatan Jin Kuang Ow Yong (kiri) dan Muhammad Afiq (kanan).
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang (dua kiri) menyampaikan hadiah Takaaki. Turut kelihatan Jin Kuang Ow Yong (kiri) dan Muhammad Afiq (kanan).

SIBU: Sibu Tower Run (STR) 2023 yang berlangsung di Wisma Sanyan hari ini berjaya menarik 252 peserta termasuk 13 peserta dari negara luar seperti Jepun, Singapura, Brunei, Hong Kong, Chinese Taipei dan Pakistan.

Menaiki 627 anak tangga Wisma Sanyan setingga 28 tingkat, peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Desmond Douglas Jerukan.

Larian menara edisi kelima itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Underground Runners Sibu (UGRS).

Daripada 252 peserta, 239 peserta adalah dari Malaysia dengan 211 dari Sarawak, 27 dari Semenanjung Malaysia dan seorang dari Sabah.

Menurut seorang peserta dari Jepun, Takaaki Kayoma, 32, ini merupakan kali pertama beliau menyertai STR sejak larian itu diperkenalkan pada 2017. Takaaki yang juga pelari menara nombor 38 dunia telah menceburi larian menara sejak lapan tahun lepas.

"Ini merupakan kali pertama saya menyertai Sibu Tower Run setelah mengetahui mengenai larian daripada Soh Wai Ching pada Disember tahun lepas.

"Tahun depan saya akan kembali lagi bagi menyertai Sibu Tower Run ini," ujarnya sambil menyifatkan STR agak mudah tetapi pada masa sama turut mencabar.

Takaaki menyertai STR bersama dua rakannya yang lain iaitu Hiroki Totori (pelari nombor 65 dunia) dan Harada Chikako. Takaaki dan Hiroki bertanding dalam kategori Lelaki Elit sementara Harada dalam kategori Wanita Elit.

Menurut Takaaki yang menjadikan larian menara ini sebagai kerjaya profesional, beliau telah menyertai larian menara di seluruh dunia seperti di Eropah, United Kingdom, Itali, Perancis, Dubai, China dan Amerika Syarikat.

Beliau juga memberitahu larian yang paling mencabar pernah dilalui ialah Larian Menara Shanghai di China, dengan menaiki 3,000 anak tangga pada 2019. Beliau berjaya mencatatkan masa 19 minit.

"Selepas Sibu Tower Run ini, saya akan menyertai larian menara di Nagoya, Jepun," katanya yang mahu menjadi pelari menara nombor satu dunia menewaskan Soh.

Takaaki berjaya menjuarai kategori Lelaki Elit STR 2023 dengan catatan masa 2 minit 59.37 saat untuk meraih hadiah wang tunai RM800, medal serta sebuah piala. 

Ini diikuti oleh Jin Kuang Ow Yong, Muhammad Afiq, Hiroki Totori, Ervin Nuing Smail, Muhammad Hakimi Adnan dan Ravinder Singh.

Kategori Wanita Elit dimenangi oleh Yan Wei Cheong diikuti Michele Bee Kiang Tan, Chikako Harada dan Yee Chin Chan.

Isaac Alston Markos pula menenangi Kategori Lelaki Terbuka diikuti Jelip Amansai, Chin Chai Wong, Muhamad Abdul Jalil, Yi Qun Heng, Mohammad Shawal Roslie, Saga Ajun Muhammad Shahrul Nizam Hippini, Syairazi Shamsuddin dan Fook Sen Chang.

Kategori Lelaki Veteran dimenangi oleh Muhammad Asdi Weding Asdi diikuti Zulkarnine Saring, Abang Jamadi Rosli, King Hee Tiong, Hardy Suntol, Tiong Ann Hu, Mohamad Hafiz Jamil, Mizwar Betar Abdullah Betar, Jayson Jerry Jelani dan Yii Puong Hii.

Yee Ling Yong pula menenangi Kategori Wanita Terbuka diikuti Chrystie Tiong, Wan Yi Yeong, Cherynna Chin, Lau Moi Chee, Josephine Tegak, Jenny Tie, Norasikin Shamsuddin, Lyiyana Baiduri Ali dan Nur Sahira Ibrahim.

Kategori Wanita Veteran pula dimenangi oleh Lee Ha Lee diikuti Wong Mee King, Lin Ling, King Ing Tang, Sui Hee Ling, Susy Genta, Lizawati Razali, Anna Lau King Hoong, Meria Rantis dan Mee Sun Tang.

Juara bagi kategori Elit membawa pulang RM800, naib juara RM500, tempat ketiga RM400, tempat keempat RM300 dan tempat kelima RM200.

Pemenang lima tempat teratas bagi Kategori Terbuka dan Kategori Veteran juga menerima hadiah sama seperti Kategori Elit, di samping tempat keenam hinga ke-10 menerima RM100 setiap seorang. Juara bagi setiap kategori turut menerima sebuah piala.
 

  • oleh
  • Advertisement