Anda di sini

Pusat 3S Ford dibuka di Penampang

Advertisement
 Philip (dua kanan) serta kakitangan dan ahli Kelab Ford Ranger merakamkan gambar kenangan di hadapan bangunan Pusat 3S Ford.
KENANGAN: Philip (dua kanan) serta kakitangan dan ahli Kelab Ford Ranger merakamkan gambar kenangan di hadapan bangunan Pusat 3S Ford.
 Bangunan Pusat 3S Ford baharu Pusat 3S Ford baharu ini bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan, menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan
BAHARU: Bangunan Pusat 3S Ford baharu Pusat 3S Ford baharu ini bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan, menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan
 Pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 
PAMERAN: Pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 

PENAMPANG: pengedar eksklusif Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) membuka pusat pengedar baharu Ford, Rightpower Corporation Sdn. Bhd. di Penampang.

Pengarah Urusan Philip K. K. Lau berkata pusat 3S Ford terbaharu yang terletak di tengah-tengah bandar Penampang ialah kemudahan Ford kedua di ibu negeri dan yang kelapan di Malaysia Timur. 

“Pusat ini bermatlamat untuk berkhidmat kepada pelanggan di salah satu daripada pusat bandar utama Kota Kinabalu, sambil menyokong pusat yang sedia ada di Inanam.

“Selepas diubahsuai dengan pelaburan sebanyak RM1 juta, Pusat 3S Ford baharu ini bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan, menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan,” katanya semasa ditemui di Pusat 3S Ford di sini semalam.

Beliau berkata Ford Ranger Generasi Baharu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutama di Sabah dengan kadar pasaran serta jualan yang sangat menarik.

“Dalam mengukuhkan operasi di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar, Rightpower Corporation diperkenalkan sebagai pengedar kedua dengan matlamat menambah bilangan pelanggan di daerah Penampang.

“Pusat pengedar baharu ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman Ford yang tersendiri dan kami akan menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi menerusi kemudahan ini,” katanya.

Menurutnya Pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 

“Kemudahan SDAC yang ke-37 di seluruh negara itu memuatkan empat ruang servis dengan tenaga sepasukan 16 kakitangan yang terdiri daripada Juruteknik Bertauliah Ford dan juga kakitangan servis.

“Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan ini melalui Rightpower Corporation Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Penampang Baru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. 

“Kita akan memulakan operasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Sabtu dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang pada Ahad,” katanya.

Bercakap lanjut beliau berkata Pusat 3S Ford baharu ini boleh dijadikan medium pertemuan dan berkumpul bagi peminat serta ahli kelab Ford Ranger di Sabah.

“Kita mampu menganjurkan lebih banyak program berskala besar yang mengumpulkan lebih ramai peminat Ford Ranger serta pacuan empat roda lain.

“Pertemuan ini juga mampu membawa kerjasama pelbagai pihak berikutan Sabah mempunyai pelbagai lokasi menarik yang menjadi tumpuan kepada peminat serta penggemar terhadap hobi yang mencabar.

“Kita juga merancang untuk berkoloborasi dengan Kementerian Pelancongan Sabah untuk menjayakan program yang boleh membantu memperkenalkan Sabah kepada pengunjung luar,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengalu-alukan pelanggan mengunjungi Pusat 3S Ford ini berikutan pihaknya menyediakan jualan istimewa dan rebat tunai kepada pelanggan sepanjang bulan Ramadan sehingga hujung bulan ini.

  • oleh
  • Advertisement