Anda di sini

Program Gerak Rahmah inisiatif baharu keselamatan komuniti

Advertisement
Nurfatimah (kanan) ketika berucap pada mesyuarat Program Gerak Rahmah di SK Sentosa, Sibu malam Jumaat.
Nurfatimah (kanan) ketika berucap pada mesyuarat Program Gerak Rahmah di SK Sentosa, Sibu malam Jumaat.

SIBU: Program Gerak Rahmah 2023, Jom Ronda SRS Peringkat Bahagian Sibu diadakan di Kampung Sentosa di sini malam Jumaat.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen berkata, program tersebut dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Perak bertemakan 'Keselamatan Komuniti'.

"Bagi peringkat negeri Sarawak, ia diadakan di Sarikei. Jadi untuk peringkat bahagian, kita memilih Skim Penempatan Semula Jalan Sentosa Salim di sini," katanya berucap pada Mesyuarat Program Gerak Rahmah Sentosa SK Sentosa di sini.

Menurutnya, program itu melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sibu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sibu dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu.

“Rondaan itu bertujuan memperkasa, mempertingkat dan mempergiat aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ke arah membangunkan Komuniti Rahmah,” kata Nurfatimah.

Beliau berkata, Program Gerak Rahmah merupakan salah satu inisiatif baharu JPNIN di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Program tersebut turut disertai seramai 16 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan 22 anggota KRT.

"Program Jom Gerak Rahmah disusuli beberapa program seperti Masak-Masak Bubur Lambuk pada April 2023, Gotong-royong Perdana dan seterusnya sehingga hujung tahun," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement