
PARIS: Polis Perancis bertindak untuk menyuraikan penunjuk perasaan di dataran tengah Paris kelmarin di mana ribuan orang telah berkumpul di hadapan parlimen bagi membantah reformasi pencen oleh Presiden Emmanuel Macron.
Barisan anggota polis dengan menggunakan perisai dan belantan mara ke arah Place de la Concorde, sementara yang lain menembak dengan meriam air selepas satu kebakaran di tengah-tengah dataran.
Anggota polis telah menyerbu dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalau penunjuk perasaan di sekitar dataran serta menjauhi sebatang jambatan menuju ke Dewan Negara, menurut wartawan AFP. — AFP